fbpx

100 peserta meriahkan Konvoi Ziarah Merdeka 2022 Yadim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Kamarul (kiri), ketika acara pelepasan peserta Konvoi Ziarah Merdeka 2022 yang bermula di Hulu Langat, pagi tadi. - Foto oleh WAN REDZA WAN SHARMADI

GOMBAK – Seramai 100 peserta menyertai program Konvoi Ziarah Merdeka 2022 yang terdiri daripada kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), masyarakat setempat serta peserta rancangan realiti Akademi Daie Muda Yadim.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, program anjuran Yadim tersebut bertujuan untuk membawa mesej keamanan dan kesyukuran di kalangan masyarakat Malaysia pelbagai latar belakang.

“Peserta konvoi ada yang berkereta, menaiki motor dan pacuan empat roda. Kami cuba santun sebanyak mungkin kumpulan masyarakat atas semangat Keluarga Malaysia sempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Ini kali keempat dianjurkan cuma kembara yang bermula di Hulu Langat dengan skala ini adalah kali pertama. Selepas ni kami nak sambung kempen bulan dakwah pula,” katanya ketika ditemui di ‘checkpoint’ kedua, Hospital Orang Asli, di sini hari ini.

Selain sumbangan barangan dan makanan, kit ibadah juga turut diberi selain bahan bacaan panduan ibadah terbitan pertama Yadim kepada pesakit di hospital tersebut.

“Kami cetak sebanyak 2,000 buah dan bagi kepada pesakit di sini sebanyak 200 buah sebagai mesej bahawa ibadah tidak boleh ditinggalkan ketika sakit.

“Buku Panduan Ibadah ini juga kami terbitkan dalam bahasa Temuan bagi memudahkan pembacaan pesakit yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI