fbpx

Penggiliran Hari Malaysia di Semenanjung, setiap empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir Melaka, malam tadi.

MELAKA – Tradisi sambutan Hari Malaysia akan digilirkan di negeri-negeri Semenanjung setiap empat tahun, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, selepas Melaka mencatat sejarah sebagai negeri pertama sambutan itu diadakan tahun ini, ia akan kembali semula ke Sabah dan Sarawak sebanyak dua kali sebelum diadakan semula di Semenanjung.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 menyifatkan, sambutan di Melaka bakal dikenang sebagai acara yang tersendiri dan istimewa.

“Idea yang ditonjolkan oleh Melaka sebagai tuan rumah sangat unik dan menarik dengan satu konsep yang boleh dikenang lama.

“Selepas ini ia akan dianggap sebagai salah satu sambutan Hari Malaysia yang tersendiri dan istimewa, sesuai dengan konsep Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Saya sangat berpuas hati melihat raptai persiapan Hari Malaysia disambut esok (Jumaat) dan setakat ini sudah mencapai 80 hingga 85 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, malam tadi.

Annuar berkata, sambutan kali ini dijangka menarik perhatian ribuan pengunjung kerana pertama kali diadakan di kawasan terbuka, memandangkan sejak tiga tahun lalu ia diadakan di Sabah dan Sarawak dalam dewan tertutup.

“Semua tetamu dan jemputan khas akan memakai busana etnik dan berkonsepkan tahun 60-an sebagai satu faktor yang mampu menarik perhatian khususnya pelancong.

“Ada penambahbaikan pada penganjuran kali ini kerana mahu mengekalkan tradisi-tradisi refleksi daripada gabungan tiga wilayah Tanah Melayu (Semenanjung), Sarawak dan Sabah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI