fbpx

Pekerja pelantar minyak maut kemalangan, rakan kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Waja dan Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Bahru - Kuala Terengganu berhampiran Kampung Setia Jaya, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang pekerja pelantar minyak maut manakala rakannya kritikal selepas kereta jenis Proton Waja dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux di Jalan Kota Bahru – Kuala Terengganu berhampiran Kampung Setia Jaya, Merang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 10.40 pagi itu, mangsa, Mohamed Azmi Zakaria, 39, yang berasal dari Kampung Putera Jaya, Permaisuri di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, rakan mangsa, Mohd. Ridzuan Yahaya yang memandu kereta Proton Waja itu pula cedera parah.

“Sewaktu kejadian, mereka dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kampung Pak Kancil di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Waja dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, kereta dinaiki kedua-dua mangsa itu kemudiannya bertembung dengan kenderaan Toyota Hilux dinaiki tiga beranak.

Beliau berkata, mayat Mohamed Azmi yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut.

“Mohd. Ridzuan pula dikejarkan ke unit rawatan rapi hospital sama dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

“Pemandu Toyota Hilux berusia 58 tahun dan dua anak lelakinya berusia 18 dan 32 tahun pula cuma cedera ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI