fbpx

Asrama Tahfiz As Sofa terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral di sini terbakar sebentar tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Sebuah bangunan asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral di sini terbakar dalam kejadian sebentar tadi.

Bagaimanapun, semua pelajar yang menyedari kejadian itu, sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat asrama Tahfiz Rendah As Sofa di bahagian aras dua dan tiga.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api berjaya dikawal pada pukul 9.04 malam tadi,” katanya di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI