fbpx

Tiga penyamun, larikan Mercedez diberkas 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi suspek yang berjaya dirakam CCTV.

SHAH ALAM – Kelicikan tiga lelaki menyamun dan curi kenderaan mewah jenis Mercedez-AMG 4MATIC di sebuah rumah di Pulau Indah, Klang dekat sini tidak bertahan lama apabila ditahan dalam tempoh kurang 24 jam semalam.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam di Damansara selepas melakukan jenayah kira-kira pukul 10.15 pagi hari sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian curi kereta itu bermula di Klang sebelum susulan dibuat sehingga membawa penangkapan di Damansara.

“Kita berjaya tangkap tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun.

“Semakan mendapati mereka mempunyai banyak rekod jenayah,” katanya ketika ditemui selepas program townhall Polis Selangor di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Arjunaidi.

Jelas beliau, siasatan masih dijalankan sama ada ketiga-tiga suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana sindiket curi kereta.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 14 saat memaparkan tiga suspek keluar dari rumah mangsa sebelum menaiki kereta jenis Volkswagen Passat.

Berdasarkan rakaman tersebut, Mercedez-AMG 4MATIC turut dilarikan sebelum mangsa yang merupakan seorang wanita lari dengan merakamkan kenderaannya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI