fbpx

Nurhidayah hilang ketika keluar beli air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurhidayah

IPOH – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu.

Nurhidayah Mat Nurddin beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun kali terakhir dilihat neneknya pada pukul 4.30 petang, 19 Ogos 2022.

Difahamkan pelajar Tingkatan Dua itu memberitahu neneknya yang dia mahu keluar membeli air namun tidak pulang ke rumah hingga kini.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat ibu remaja terbabit di Balai Polis Tambun pada 21 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Haizal Umar di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI