fbpx

Lari sekatan, hampir langgar polis sebab tiada lesen memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berjaya diberkas polis.

SHAH ALAM – Gara-gara tidak mempunyai lesen memandu dan dokumen perjalanan diri sah, seorang lelaki warga Indonesia bertindak memecut laju keretanya sehingga hampir melanggar anggota polis, di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi, Sabtu lalu dengan suspek berusia 22 tahun berjaya ditangkap selepas kenderaan Proton Saga dipandunya mengalami kerosakan selepas melanggar palang tol Plaza Sunway Kesas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan berlaku kejadian bermula apabila suspek didapati tidak berhenti semasa sekatan jalan raya di susur Kilometer 31 Kesas.

Katanya, suspek yang memandu kereta itu juga bertindak memecut laju dan hampir melanggar anggota polis bertugas.

“Dua anggota bertugas telah mengejar kenderaan suspek yang menghala ke Bukit Jalil.

“Suspek didapati tidak memberhentikan kenderaannya di Plaza Tol Sunway Kesas dan melanggar palang tol di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, susulan pelanggaran palang itu menyebabkan kenderaan suspek mengalami kerosakan sebelum memberhentikan keretanya di lorong kecemasan.

Ujar Mohd. Iqbal, polis kemudiannya berjaya menangkap suspek dan hasil pemeriksaan lanjut tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Siasatan lanjut kemudiannya mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu dan dokumen pengenalan diri.

“Suspek kini direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI