fbpx

Gagal bayar wang ansuran, wanita sanggup rosakkan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut dilihat mengetuk bahagian hadapan motosikal itu yang diletakkan di sebuah kawasan parkir. - Instagram/fakta.indo

JAKARTA – Gara-gara berang motosikal ditarik kerana gagal membayar ansuran bulanan, seorang wanita di Indonesia bertindak merosakkan kenderaan tersebut dengan cara mengetuknya  menggunakan batu, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial,  dia dilihat mengetuk bahagian hadapan motosikal itu yang diletakkan di sebuah kawasan parkir.

Sambil merosakkan kenderaan tersebut, bibirnya tidak berhenti marah sehinggakan nombor pendaftaran motosikal itu tercabut daripada kedudukannya.

Dia bagaimanapun tetap meneruskan tindakan tersebut dengan melempar batu ke arah motosikal itu sekuat hati sebelum berlalu dari situ bersama anaknya yang masih kecil.

“Tidak dapat menerima kenyataan bahawa motosikalnya ditarik, seorang ibu merosakkan motosikalnya sendiri,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai perbuatan wanita berkenaan.

“Ibu saya selalu berpesan, kalau mahu beli sesuatu, utamakan dahulu kemampuan. Jangan sampai menjadi masalah di kemudian hari,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tidak mampu bayar tetapi dirosakkan pula. Ini sudah parah,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI