fbpx
Govind meninggalkan kereta yang dipandu pemandunya dan berlari sejauh 3 km menuju ke hospital bagi menjalankan pembedahan tersebut. – India Today

Doktor terkandas kesesakan lalu lintas lari 3 kilometer demi selamatkan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang pakar bedah di Bangalore, India, sanggup berlari sejauh 3 kilometer  ke hospital untuk melakukan pembedahan ke atas seorang pesakitnya selepas terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor laman berita India Today semalam.

Dr. Govind Nandakumar yang merupakan Pakar Bedah Gastroenterologi di Hospital Manipal Sarjapur,  dijadualkan melakukan  pembedahan kecemasan laparoskopi pundi hempedu terhadap seorang pesakit wanita separuh usia pada pukul 10 pagi (waktu tempatan), 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Sarjapur, Marathalli.

Tanpa berfikir panjang, Govind meninggalkan kereta yang dipandu pemandunya dan berlari sejauh 3 kilometer  ke hospital bagi melakukan pembedahan tersebut.

“Setiap hari, saya melakukan perjalanan dari Bangalore tengah ke Hospital Manipal di Sarjapur yang terletak di tenggara Bangalore.

“Saya bertolak dari rumah pada waktu yang tepat untuk menjalankan pembedahan. Pasukan saya juga telah bersiap sedia untuk melakukan pembedahan sebaik sahaja saya tiba di hospital.

“Melihatkan keadaan lalu lintas yang teruk, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta bersama pemandu dan berlari ke hospital tanpa berfikir panjang,” ujarnya.

Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan pesakit berkenaan dilaporkan telah keluar dari hospital dan berada dalam keadaan baik. – Agensi 

POPULAR