fbpx

Datuk buat tuntutan palsu RM7 juta direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai membuat tuntutan palsu bernilai RM7 juta.

PUTRAJAYA – Seorang lelaki bergelar Datuk direman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan di Terengganu.

Permohonan reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin telah membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 September ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan di Terengganu membabitkan nilai keseluruhan projek berjumlah RM100 juta.

“Suspek dipercayai telah mengemukakan tuntutan tersebut sejak 2020 hingga Mei lalu dan dia telah ditahan di pejabatnya di Shah Alam, semalam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI