fbpx

Watak penggoda, Shiqin Kamal enggan jatuhkan darjat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERBANDING memegang watak klise sebagai wanita penggoda dan perampas, Shiqin Kamal sebaliknya mahu menjayakan karakter antagonis seperti ketua gengster.

PETALING JAYA – Ingin lari menjayakan watak klise, pelakon Shiqin Kamal mahu mengelak memegang karakter wanita penggoda atau ‘gedik’ dalam mana-mana drama lakonannya.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 31, memberitahu, pendirian tersebut dilakukan kerana enggan menjatuhkan darjat seorang wanita dengan paparan sebegitu.

“Saya memang elak watak wanita perampas, penggoda atau gedik.

“Sebab darjat seorang wanita lebih dari itu. Mengapa saya yang juga seorang wanita perlu merendahkan imej kaum sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar filem Ada Hantu 2 baru-baru ini.

Tambah pelakon drama Risik Pada Hati itu, selain watak perampas, dia sebaliknya mahu memegang karakter antagonis yang diketuai oleh kaum wanita seperti ketua gengster.

Katanya, walaupun karakter tersebut jahat, namun tetap boleh meletakkan pangkat yang dipegang wanita lebih tinggi berbanding lelaki.

“Jika diberi peluang, saya nak pegang watak antagonis yang diketuai oleh kaum wanita.

“Memang watak sebegitu agak kejam dan dibenci tetapi melalui karakter antagonis juga boleh mengangkat kaum wanita.

“Tak mahulah pegang watak perempuan jahat tetapi menjadi orang suruhan atau paparkan imej negatif. Saya nak tunjuk tingginya darjat wanita walaupun dari sisi yang gelap,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI