fbpx

Barcelona kembali temui identiti juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menundukkan Cadiz 4-0 pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

CADIZ – Barcelona mula menyer­lahkan identiti sebenar selaku gergasi Sepanyol selepas sekali lagi meraih kemena­ngan besar apabila menewaskan Cadiz 4-0 di Nuevo Mirandilla awal pagi semalam.

Bagaimanapun, The Catalans berdepan situasi sukar apabila hanya memperoleh keempat-empat gol di babak kedua menerusi Frenkie de Jong, Ro­bert Lewandowski, Ansu Fati dan Ousmane Dembele.

Pengendalinya, Xavi akui pasukannya tampil dengan aksi berbeza berbanding ketika meraih kemenangan 5-1 ke atas Viktoria Plzen di Liga Juara-Juara Khamis lalu.

“Ia menjadi kemenangan yang hebat kerana kami pas­tinya berdepan kesukaran untuk berkunjung ke sini. Ia mengekalkan kami di kelompok atasan liga.

“Siapapun yang diturun­kan, kami sentiasa berada di kedudukan terbaik dan sudah pasti saya gembira dengan keputusan ini. Perkara penting dalam perlawanan ini adalah ketika mendapatkan jaringan pertama.

“Kami cukup bersabar dan kami juga akan terus melakukan perubahan sepanjang musim ini kerana ia penting bagi me­ngatasi masalah perggantungan dan kecederaan yang mungkin berlaku,” katanya.

Selain itu, satu jaringan yang dihasilkannya terus me­ngukuhkan kedudukan Lewandowski yang kini dilihat makin
menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Sepa­nyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI