fbpx

MPKB-BRI giat kekang penjualan shisha, pusat karaoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan shisha yang dirampas dalam operasi bersepadu MPKB-BRI di sekitar Kota Bharu baru-baru ini. - FOTO/ IHSAN MPKB-BRI

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyita sebanyak 75 botol shisha yang dianggarkan bernilai RM15,000 dalam tempoh Januari hingga Julai lalu.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, rampasan itu dijalankan di 15 buah premis yang menyediakan shisha sekali gus menyalahi undang-undang di kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

“Serbuan dijalankan di premis di sekitar Jalan Bayam, Jalan Sabak, Kubang Kerian, Taman Huda, Jalan Tok Guru, Taman Bendahara dan pusat bandar Kota Bharu.

“Peniaga yang melakukan kesalahan itu dikenakan kompaun sebanyak RM500 mengikut Undang-Undang Tred Perniagaan MPKB-BRI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosnazli berkata, operasi bersepadu sentiasa diadakan kerana ramai dalam kalangan peniaga dilihat masih berdegil dengan menyediakan shisha di premis mereka.

Katanya, operasi dijalankan bagi mengekang kegiatan penjualan shisha yang tidak dibenarkan mengikut peraturan kerajaan negeri dan hasil rampasan turut dilupuskan.

Mengulas lanjut, menurut Rosnazli, MPKB-BRI mengeluarkan kompaun terhadap lima pemilik premis yang menjalankan aktiviti karaoke selain menyita peralatan set karaoke bernilai RM12,500 dalam tempoh sama.

“Operasi dijalankan di pusat karaoke di Jalan Kebun Sultan, Wakaf Che Yeh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Pengkalan Chepa dan Tanjung Chat di sini.

“Premis yang menjalankan perniagaan pusat karaoke dikompaun sebanyak RM5,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI