fbpx

Gempa bumi 7.6 skala Richter gegar Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gegaran dirasai dengan meluas di negara itu. - EMSC

PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan timur Papua New Guinea hari ini, dengan penduduk tempatan melaporkan berlakunya kerosakan pada bangunan berhampiran bandar pesisir pantai, Madang dan lebih jauh ke pedalaman.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran tsunami, namun kemudian mengesahkan bahawa ancaman telah berakhir.

Ia bagaimanapun memberitahu bahawa masih terdapat sedikit turun naik paras laut di beberapa kawasan pesisir pantai.

Bekalan elektrik terputus dan kerosakan pada bangunan turut dilaporkan di sebahagian Papua New Guinea, dengan gegaran dirasai dengan meluas di negara itu dari bandar berhampiran pusat gempa hingga ibu kota Port Moresby, yang terletak kira-kira 480 kilometer (km).

Beberapa imej dan video kerosakan pada sebuah universiti di bandar Goroka menunjukkan rekahan besar muncul pada dinding-dinding serta tingkap ketika gempa berlaku.

Penduduk di Lae dan Madang, yang terletak berhampiran dengan pusat gempa, memberitahu AFP bahawa gegaran itu jauh lebih kuat daripada gempa seterusnya.

“Ia amat kuat dan berasa seolah-olah sedang terapung di atas laut,” kata seorang pekerja sebuah resort di Madang, Hivi Apokore.

Menurut USGS, gegaran berlaku pada kedalaman 61 km, kira-kira 67 km dari bandar Kainantu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI