fbpx

Bina galeri kenang pejuang lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD menunjukkan koleksi gambar pejuang bangsa di Galeri Anjung Pesona di rumah pusaka milik arwah ibunya Kampung Pendek, Kota Bharu. – ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang pesara tentera mengambil inisiatif sendiri dengan membuka sebuah galeri yang memaparkan wajah-wajah pejuang kemerdekaan negara di rumah pusaka arwah ibunya di Kampung Pendek di sini.

Kapten (B) Muhamad Awang, 75, membina galeri yang digelar sebagai Galeri Anjung Pesona itu sebagai salah satu usaha untuk mengenang dan menghargai jasa perwira negara.

Menurutnya, galeri yang dibina itu menjadi tumpuan dalam kalangan penuntut bidang ketenteraan dan anggota tentera untuk membuat penyelidikan setiap tahun.

Katanya, galeri tersebut me­nyentuh kepada kisah perjua­ngan ketika perang dengan meletakkan gambar-gambar tokoh perjuangan, antaranya Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Janggut serta beberapa pejuang lain.

“Pada awalnya, saya hanya membuat koleksi cerita tentang peperangan daripada keratan akhbar sebagai hobi di galeri ini.

“Bagaimanapun, saya mula fokus untuk mengumpul gambar-gambar lama Yang di-Pertuan Agong, pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai kanan polis, ulama, tokoh politik, rakan seangkatan yang pernah berkhidmat dalam ketenteraan serta rakan sekolah dan artis pada 2005,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Muhamad yang berkhidmat selama 10 tahun dalam tentera bermula 1970 berkata, idea membina galeri itu juga kerana minat mendalam dalam ketenteraan sejak di bangku sekolah lagi dan semangatnya tidak pernah luntur sehingga kini.

Katanya, dia berharap galeri itu akan kekal selama-lamanya demi bangsa agama dan negara.

“Andai satu masa nanti saya pergi, insya-Allah galeri ini akan dijaga oleh anak lelaki bongsu dan berharap akan terus sentiasa menerima kunjungan orang ramai,” katanya yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Unit Kesatria di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor selama 21 tahun bermula 1982 hingga 2003.

Menyentuh mengenai pe­perangan, Muhamad berkata, pengalaman yang paling tidak dilupakan adalah ketika dia berjalan kaki sejauh lebih 17 kilometer untuk bertempur dengan komunis dan serang hendap bersama 15 anggota tentera lain di Batu Lintang, Sarawak pada 1970.

Beliau yang juga Ketua Platun menggalas tugas itu dengan pelbagai cabaran kerana perlu sentiasa berhati-hati ketika berada dalam hutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI