fbpx

Nikmati stik enak, premium, berkualiti di Seri Pacific Hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) menunjukkan hidangan stik yang disediakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Buat penggemar stik yang sanggup ber­belanja lebih untuk mendapatkan daging premium dan berkualiti tinggi, mereka boleh mendapatkan menu enak tersebut di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel di sini.

Pengurus Besar Seri Pacific Hotel, Azhar Mohamad berkata, idea pembukaan restoran barat ini tercetus selepas melihat sambutan baik diterima daripada orang ramai dalam fasa endemik ini yang mana ramai orang mahu bertukar selera menikmati hidangan enak di luar rumah.

“Kami kini menyediakan hidangan untuk makan malam dan tengah hari selain itu untuk fasa awal promosi ini, kami memberikan potongan harga kepada pe­langgan sehingga pertengahan bulan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan restoran dan menu di restoran berkenaan di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai menu terbaik di Zende Restaurant, Sous Chef Zulkifli Ahmad berkata, terdapat beberapa jenis hidangan enak yang patut dicuba, antaranya adalah Wagyu Sirloin Japan.

“Daging tersebut akan diperap selama satu ke dua jam sebelum dipanggang. Kami menggunakan resipi khas yang diadun untuk memberi rasa tersendiri dan berbeza berbanding dengan restoran lain.

Menu lain yang pastinya menggamit selera pelanggan adalah Black Angus Ribeye, Angus BBQ Short Rib, Angus Tomahawk dan Australian Lamb Cutlet. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI