fbpx

Mahkamah: Permohonan Yusof Rawther batal beberapa perenggan tuntutan balas Anwar ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Permohonan itu berhubung saman difailkan Muhammed Yusoff, atas dakwaan serangan seksual oleh ketua pembangkang terbabit, di kediamannya, empat tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mahajoth Singh yang mewakili Muhammed Yusoff selepas pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee.

Menurut Mahajoth Singh, hari ini ditetapkan untuk keputusan permohonan plaintif (Muhammed Yusoff) untuk membatalkan beberapa perenggan dalam  pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas defendan (Anwar) .

“Permohonan itu ditolak dengan kos RM3,500 dan tempoh tidak diberikan cuma kena bayar kos itu. Defendan (Anwar Ibrahim) ada memfailkan dua permohonan iaitu penzahiran dokumen dan interlokutori, jadi pendengaran untuk kedua-dua permohonan itu pada 23 September,” katanya ketika dihubungi.

Pada Julai tahun lalu, Muhammed Yusoff 28, ,selaku plaintif, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abd Halim Ushah & Associates, di Mahkamah Tinggi di sini pada dengan menamakan Anwar, 73, sebagai defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh setiausaha sulit defendan iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun tokoh Mahatma Gandhi yang ke-150, anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India, kepada defendan.

Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya dan beliau juga menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan berkenaan.

Plaintif, yang meletakkan jawatan di Yayasan Aman pada 24 Jun 2019, berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap Anwar pada 7 Disember 2019 dan plaintif telah menjalani ujian poligraf (mengesan pembohongan) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman pada 17 Disember tahun sama dan mendakwa defendan enggan menjalani ujian berkenaan.

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mental plaintif kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang sesuai oleh mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI