fbpx

Faisal Halim mahu rangkul Piala FA bersama Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL mahu mencipta memori terindah bersama TFC pada penampilan ketiganya dalam final Piala FA menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

TONGGAK Terengganu FC (TFC), Faisal Abdul Halim mahu menjadikan aksi final Piala FA malam esok sebagai peluang untuk memahat memori terindah bersama skuad Sang Penyu.

Menurut pemain sayap berusia 24 tahun itu, perlawanan tersebut memberikan pengalaman berbeza buat dirinya walaupun pasukan diwakilinya sebelum ini sudah pernah melangkah ke pentas akhir.

“Saya tidak tersenarai dalam skuad Pahang yang tumpas 2-3 kepada Kedah pada final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam.

“Setahun kemudian, saya berada dalam senarai pemain simpanan sebelum masuk menggantikan Mohamadou Sumareh sewaktu Pahang berjaya mengatasi Selangor 2-0,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Nerus semalam.

Sehubungan itu, Faisal mahu mencipta memori terindah bersama TFC pada penampilan ketiganya dalam final Piala FA pada malam esok.

Tambah beliau, semangatnya sangat membara apatah lagi ahli keluarganya termasuk isteri dan anak berjanji hadir memberi sokongan di Stadim Nasional Bukit Jalil.

“Saya tidak kisah dapat menjaringkan gol atau tidak, saya akan beraksi tanpa tekanan dan berharap dapat meraih kejayaan lebih manis lagi kali ini.

“Begitu pun, saya akui final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pasti amat ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air,” katanya.

Faisal juga amat yakin percaturan ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain merencanakan strategi terbaik untuk meme­rangkap JDT yang dianggap ramai sebagai pasukan pilihan.

Tonggak Harimau Malaya itu juga berkata, moral dan sema­ngat berpasukan skuad Sang ­Penyu kini berada pada tahap terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI