fbpx

Berenang dikelilingi obor-obor tanpa takut disengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat dua spesies obor-obor di tasik ini iaitu jeli emas dan bulan. - Getty Images

NGERULMUD, Palau – Sebuah tasik di Pulau Eil Malak, Palau menyediakan pengalaman berharga buat pelancong yang mahu mendekati obor-obor tanpa bimbang akan disengat, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Dinamakan Tasik Obor-Obor, lokasi  itu merupakan habitat kepada beribu-ribu, malah mungkin jutaan hidupan laut itu. Dikatakan obor-obor sudah berada di tasik berkenaan  sejak 12,000 tahun lalu.

Tanpa sebarang pemangsa semulajadi dan dibiarkan bebas untuk memakan alga, obor-obor telah membiak dengan banyak di tasik itu. Hari ini, tasik itu dipenuhi dengan obor-obor emas dan bulan.

Pada siang hari, obor-obor bergerak dari barat menuju ke timur itu  yang mendapat lebih banyak sinaran matahari.

Meskipun obor-obor di situ mempunyai sengat,  ia terlalu kecil untuk dirasai oleh manusia bermakna sesiapa sahaja boleh berenang melaluinya tanpa perlu risau tentang insiden disengat.

Bagaimanapun, aktiviti selaman skuba  dilarang kerana air tasik itu mempunyai dua aras berbeza dengan stratosfera yang lebih dalam mengandungi paras berbahaya hidrogen sulfida pada kedalaman 20 meter dan ke bawah.

Tasik ini pernah ditutup selama beberapa tahun kerana bilangan obor-obor menurun dengan drastik akibat perubahan iklim, namun ia dibuka semula pada 2019. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI