fbpx

Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (dua dari kanan) ketika sidang akhbar tangkapan Op Noda di IPD Timur Laut, George Town.

GEORGE TOWN – Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan rumah urut dan salun terbongkar dengan penahanan 11 wanita bersama seorang lelaki warga asing dipercayai pelanggan disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam serbuan di Jalan Sungai Dua, Gelugor di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V.Saravanan berkata, bertindak atas risikan dan maklumat awam, pihak polis telah menyerbu premis rumah kedai itu pada pukul 6.35 petang dan menahan kesemua suspek.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 52 tahun dipercayai terlibat aktiviti persundalan di premis ini.

“Berdasarkan siasatan, premis rumah urut dan salun dikesan menjadi tempat aktiviti pelacuran dengan menyediakan khidmat seks pada harga RM50 hingga RM150 untuk tempoh satu jam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Saravanan, pusat tersebut dipercayai telah menawarkan aktiviti pelacuran sejak enam bulan lalu kepada pelanggan.

”Premis rumah kedai ini beroperasi sebagai rumah urut di tingkat bawah dan salun di tingkat atas. Pelanggan dipercayai datang mendapatkan khidmat urut dan salun, namun kemudian ada tawar-menawar dijalankan untuk aktiviti pelacuran di sini.

”Dalam serbuan ini, tiada suspek yang bertindak melarikan diri dan kesemuanya kini ditahan reman selama tiga hari,” katanya.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan (mencari langganan bagi maksud persundalan), Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas lawatan sosial) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 (tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah).

”Dalam serbuan ini, polis telah merampas barangan seperti kondom, buku log pelanggan, tuala, wang tunai bernilai RM600 dan lain-lain barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pelacuran di premis ini,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi Ops Noda yang dijalankan sejak 30 Ogos hingga semalam, polis telah menyerbu 13 premis dan menahan 53 suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI