fbpx

Piala FA: Habuan lumayan menanti Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) mengucapkan selamat jalan kepada skuad TFC di LTSM, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menjanjikan habuan lumayan kepada skuad Terengganu FC (TFC) sekiranya berjaya membawa pulang trofi Piala FA ke negeri itu pada aksi final lusa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, habuan berupa wang tunai tersebut merupakan suntikan semangat tambahan kepada TFC menjelang pertembungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pentas akhir terbabit.

“Saya percaya semangat dan moral pasukan berada dalam keadaan terbaik walaupun kita sedar bakal berdepan cabaran hebat daripada JDT.

“Sekiranya pemain dapat memperkemaskan lagi sedikit kelemahan, saya yakin tiada sebab TFC tidak mampu mengalahkan JDT sekali gus menjulang Piala FA,” katanya ketika melepaskan skuad Sang Penyu bertolak ke ibu negara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Ahmad Samsuri percaya TFC kini dalam momentum positif setelah empat kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, beliau dan lebih 1.2 juta rakyat negeri Pantai Timur berkenaan sentiasa mendoakan kejayaan TFC untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 11 tahun.

“Dalam pada itu, saya juga menasihatkan penyokong TFC yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil agar menunjukkan semangat kesukanan tinggi walau apa jua keputusan perlawanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI