fbpx

Bandar di Belanda haramkan iklan daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan tempatan mengurangkan pembelian daging yang menyumbang kepada krisis iklim semasa. - UPI

AMSTERDAM – Sebuah bandar di Belanda menjadi yang pertama di dunia mengharamkan iklan daging sebagai langkah mengurangkan gas rumah hijau dan memerangi perubahan iklim, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Bandar Haarlem mengharamkan iklan berkaitan daging di ruang awam dalam usaha mengurangkan tabiat memakan daging yang diharap dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon.

Bandar yang terletak di pinggir bandar Amsterdam dan mempunyai populasi 160,000 orang itu berkata, larangan tersebut akan bermula pada 2024.

Langkah itu adalah tindak balas kepada kajian terbaharu yang mencadangkan bahawa pengeluaran dan penggunaan makanan global terutamanya daging, menyumbang kira-kira satu pertiga daripada gas rumah hijau yang memanaskan iklim.

“Kami tidak menghalang jika ada sesetengah orang yang masih terus memakan daging sebagai sebahagian daripada hidangan mereka.

“Kerajaan tidak boleh menghalang secara langsung pembelian produk yang menyumbang kepada krisis iklim tetapi pengharaman iklan mengenainya mungkin boleh membantu,” kata ahli majlis Parti Groen Links dan pengarang undang-undang tersebut, Ziggy Klazes.

Klazes berkata, beliau mahu melihat larangan serupa di seluruh Belanda termasuk kemungkinan larangan peringkat nasional terhadap iklan tersebut.

Cadangan itu turut disokong oleh Parti Demokrat Kristian walaupun pemimpin parti Wopke Hoekstra berpihak kepada golongan petani yang menentang langkah itu.

Seorang profesor undang-undang, Herman Broring berkata, larangan tersebut boleh melanggar undang-undang kebebasan bersuara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI