fbpx

Aaron Chia-Soh Wooi Yik dapat ganjaran setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (tengah) menyampaikan replika ganjaran kepada pasangan Aaron-Wooi Yik pada majlis penyerahan insentif oleh BAM, Yonex dan 100Plus di Petronas ABM, Bukit Kiara semalam.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima habuan keseluruhan bernilai RM500,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kejayaan bergelar juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di ­Tok­yo, Jepun bulan lalu.

Sebagai rekod, gandingan No. 5 dunia itu menamatkan kemarau kejua­raan 45 tahun negara selepas menumbangkan beregu berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, insentif tersebut bakal menjadi pembakar semangat kepada pemain muda untuk berada di ranking teratas dunia selain mengecapi gelaran dunia.

“BAM menyerahkan insentif ini kepada juara dunia negara iaitu Aaron dan Wooi Yik selepas pasangan itu mengharumkan nama negara di Tokyo pada 28 Ogos lalu.

“Justeru mereka berdua la­yak mendapat insentif ini. Kita yakin dan percaya mereka akan me­raih lebih banyak insentif selepas ini.

“Sebagaimana kita semua sedia maklum, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan umumkan insentif kepada ke­dua-dua pemain ini, bukan sahaja menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) tetapi insentif tambahan lain kerana mereka sememangnya berhak mendapat ganjaran.

“Aaron dan Wooi Yik juga sudah melanjutkan kontrak mereka sehingga akhir 2024. Bermakna mereka akan terus memberikan yang terbaik untuk negara terutamanya cuba untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Dengan berada dalam kelompok lima terbaik dunia ketika ini, mereka boleh meraih (pendapatan) lebih RM1 juta setahun. Jadi, kami harap kejayaan mereka ini akan memberi inspirasi kepada barisan pemain muda,” katanya pada majlis penyerahan insentif kepada beregu lelaki negara tersebut di Petronas Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Pasangan negara itu meraih ganjaran berjumlah RM250,000 setiap seorang selepas mene­rima ganjaran keseluruhan RM300,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta masing-masing RM100,000 oleh penaja, Yonex serta minuman isotonik, 100Plus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI