fbpx

PM caretaker Thailand ‘tidur’ ketika mesyuarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRAWIT dirakam sedang tidur ketika mesyuarat di Krabi. - Thaiger

BANGKOK – Perdana Menteri ‘caretaker’ Thailand, Prawit Wongsuwan dirakam sedang tidur di tempat kerja beliau baru-baru ini, lapor laman berita Thaiger semalam.

Prawit yang berusia 77 tahun terlelap ketika berada di wilayah Krabi semasa menyelia mesyuarat bersama beberapa agensi air dan guna tanah untuk membincangkan isu pengurusan air.

Imej itu dengan pantas menjadi tular di media sosial Thailand dan mendapat beberapa komen negatif.

“Pak cik Pom buat perkara yang betul. Dia minum susunya dan sedang tidur tetapi mungkin di tempat yang salah,” komen seorang netizen.

Imej itu kelihatan seperti dia disandarkan di dalam keranda. 

Ini bukan kali pertama Prawit tertidur di lokasi kerja dan ia telah membawa banyak keceriaan kepada rakyat Thailand.

Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Chaiwut Thanakmanusorn serta Timbalan Ketua Parti Palang Pracharath bagaimanapun menepis dakwaan bahawa Prawit telah tertidur.

“Jeneral Prawit ialah pengerusi mesyuarat itu dan mendengar laporan serta memberi maklum balas sepanjang masa. Mungkin beberapa imej merakam dia sedang berkelip. 

“Jangan salah faham, ia tidak baik. Pengerusi mesyuarat itu bercakap sepanjang masa, tidak tidur,” kata mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI