fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian di Kilometer 49 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Pasir Penambang di sini, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Seorang pejalan kaki warga Myanmar maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 49 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Pasir Penambang di sini, malam tadi.

Kejadian pukul 11.45 malam itu mengakibatkan lelaki berusia 29 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian pemandu Perodua Aruz berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Terengganu menuju Sabak Bernam.

Kata beliau, setibanya di lokasi, pejalan kaki yang berada di atas pembahagi jalan bertindak melintas di kawasan tersebut

“Pemandu Aruz kemudian cuba mengelak namun tidak sempat lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, pelanggaran itu memgakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala pemandu MPV tidak cedera.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI