fbpx

Mata pisau pemotong rumput tercabut, tertusuk betis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakhtiar kini dijaga oleh isterinya, Rozilawati (kiri) ketika ditemui di rumah mereka di FBRU, Tampin semalam.

TAMPIN – Seorang ketua keluar­ga hilang pendapatan apabila mata pisau mesin potong rumput tercacak pada betisnya dalam kejadian di Felda Bukit Rokan Utara (FBRU) di sini awal bulan lalu.

Bakhtiar Nordin, 43, berkata, pada awalnya, dia hanya menyangkakan mata pisau itu tercucuk di seluarnya sahaja.

Katanya, sebaik cuba menarik mata pisau itu, darah mula me­ngalir laju dan dia dikejarkan ke klinik berhampiran oleh tuan rumah tempatnya mengambil upah memotong rumput.

“Dari klinik, saya kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah. Saya ditahan bagi rawatan lanjut serta bahagian keting betis yang hampir terkeluar tulangnya terpaksa disimen selepas dijahit.

“Saya tidak mahu kaki dima­sukkan besi dan kini berusaha untuk memulihkan kesihatan diri dengan bergantung kepada susu khas bagi menguatkan tulang.

“Saya perlu sihat kembali untuk mencari rezeki dengan memotong rumput sebanyak RM800 sebulan,” katanya ketika ditemui di FBRU di sini semalam.

Ujar Bakhtiar, mereka sekeluarga sememangnya mendapat bantuan bulanan Baitulmal sebanyak RM720 kerana merupakan golongan asnaf sejak lebih tiga tahun lalu selain memiliki lima orang anak berusia antara 4 hingga 14 tahun.

Bagi isteri Bakhtiar, Rozilawati Abdul Wahab, 36, dia seme­ma­ng­nya bimbang dengan keadaan suami, lebih-lebih lagi hanya suaminya yang bekerja.

“Mujurlah kami duduk di belakang rumah ibu mentua yang telah banyak membantu.

“Saya juga ada menanam pelbagai jenis sayuran bagi memastikan kami mendapat makanan berkhasiat serta berjimat-cermat,” ujarnya.

Menurutnya, buat masa ini, mereka tujuh sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada bantuan Baitulmal dan juga bantuan daripada keluarga serta rakan terdekat yang memahami kesukaran yang dialami.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional 0511341000090827 atas nama Bakhtiar Nordin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI