fbpx

Penubuhan Pusat SDG negara perkasa agenda pembangunan mampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat SDG Negara hari ini.

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju menubuhkan Pusat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara menerusi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam usaha memperkasa dan mempergiat program pembangunan SDG di Malaysia.

Persetujuan itu diputuskan kerajaan dalam mesyuarat SDG Negara dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat julung kali hari ini sejak majlis tersebut ditubuhkan pada tahun 2016.

Perdana Menteri berkata, SDG itu melibatkan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor termasuk awam, swasta selain ahli akademik dan pertubuhan masyarakat sivil yang akan membincangkan agenda pembangunan mampan negara.

“SDG dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut rancangan pembangunan negara bermula dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan kini RMKe-12 serta akan diteruskan dalam RMKe-13 iatu pada 2025 hingga 2030.

“Pelaporan kemajuan SDG negara juga dilaksanakan setiap empat tahun sejajar dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pembentangan laporan dilakukan secara berkala menerusi Laporan Semakan Kebangsaan (VNR),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat turut mengambil maklum situasi global dan tempatan serta kemerosotan dalam pencapaian beberapa SDG negara ekoran impak negatif Covid-19 selain cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa.

Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan (VLR) di peringkat bandaran dan daerah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta kerajaan negeri

“Sekurang-kurangnya satu laporan akan dihasilkan oleh setiap negeri dan mereka digalakkan menyediakan laporan sebagai panduan untuk memantau kemajuan negara ke arah pertumbuhan pembangunan bagi mengimbangi aspek sosial, alam sekitar serta ekonomi.

“Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) juga diminta segera memuktamadkan rangka kerja pasaran karbon hujung tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon,” jelasnya.

Tegasnya, kerajaan sentiasa komited untuk mencapai Agenda 2030 serta memperkukuhkan tindakan mencapai 17 SDG bagi menjadi negara mampan menjelang 2030 dengan penglibatan seluruh Keluarga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI