fbpx

Negeri Sembilan sasar 9 terbaik Sukma 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (kiri) beramah mesra bersama atlet pada majlis Penyerahan Bendera Negeri Sembilan kepada pengurus Pasukan ke Temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kali Ke-20 di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Kontinjen Negeri Sembilan meletakkan sasaran berada dalam kedudukan sembilan terbaik Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 16 hingga 24 September nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kedudukan itu sekali gus boleh memperbaiki kedudukan tempat ke-12 pada Sukma 2018 yang berlangsung di Perak.

Tambah beliau, kontinjen juga menyasarkan untuk mengutip sebanyak 23 pingat emas menerusi 28 acara sukan yang akan disertai kelak.

“Sasaran kutipan pingat emas itu boleh dicapai sekali gus mengatasi kutipan 13 emas yang diraih semasa Sukma Ke-19 yang berlangsung di Perak.

“Sukan seperti wusyu, menembak, olahraga dan hoki dijangka akan menjadi penyumbang utama kepada kutipan pingat emas buat Negeri Sembilan kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Bendara Negeri Sembilan kepada Pengurus-pengurus Pasukan ke Temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kali Ke-20 di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin berkata, kontinjen Negeri Sembilan kali ini akan disertai oleh seramai 522 orang pegawai dan atlet yang akan menyertai 28 acara sukan daripada 31 acara sukan yang dipertandingkan.

“Bagi atlet yang memenangi pingat, kerajaan negeri juga akan menambah pemberian wang tunai sebagai insentif dan barisan pengurusan pasukan juga turut mendapat insentif kemenangan.

“Mereka ini mempunyai potensi besar dan perlu kita dihargai, mereka membawa nama negeri dalam sukan. Bagi saya sudah tiba masanya jumlah insentif ini ubah sedikit tahun ini menjadi lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI