fbpx

Mahkamah: Najib fail semakan keputusan Mahkamah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan bekas Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan semakan keputusan panel Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Najib, 69, memfailkan semakan keputusan itu menerusi Tetuan Shafee&Co. pada hari ini.

Berdasarkan permohonan tersebut Najib antara lain memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan dia dilepas dan  dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon rayuan berkenaan didengar oleh korum Mahkamah Persekutan lain yang mana korum itu tidak kurang daripada tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Selain itu , Najib turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.

Sementara itu, peguam Rahmat Hazlan ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Keputusan sebulat suara itu (unanimous) dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dalam penghakimannya, ketika membaca keputusan itu Hakim Tengku Maimun
mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan panel-panel Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Selain Hakim Tengku Maimun panel lain yang turut bersidang bersama-sama panel lain yang turut yang mendengar prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Najib kini menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI