fbpx
KAREENA KAPOOR

Kareena Kapoor cemburu suami lakon babak romantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTRES Kareena Kapoor mengakui tidak senang duduk setiap kali memikirkan suaminya iaitu aktor Saif Ali Khan perlu melakonkan adegan romantik dalam filem bersama pelakon wanita lain.

Meskipun sedar adegan mesra tersebut cuma lakonan, Kareena tidak dapat mengawal perasaan bimbang dan cemburu apabila memikirkannya.

Menerusi temu bual bersama Karan Johan menerusi program Koffee With Karan, bintang berusia 42 tahun itu disoal sama ada dia boleh menerima atau tidak jika Saif melakonkan adegan romantik bersama wanita lain ketika berlakon.

“Adakah kamu boleh menerima jika suami melakonkan babak intim bersama pelakon wanita lain?” soal Karan.

Kareena menjawab, Saif tidak kisah seandainya dia melakonkan adegan mesra bersama pelakon lelaki lain kerana tahu perbuatan tersebut sekadar lakonan.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku jika suaminya itu perlu berlakon adegan romantik.

“Jika Saif yang melakukannya (adegan romantik), saya memang sangat bimbang. Sebagai wanita, saya tidak boleh membendung rasa cemburu terhadapnya.

“Meskipun cuma lakonan, tapi saya tetap tidak akan percaya,” kata Kareena.

POPULAR

BERITA BERKAITAN