fbpx

Juventus sudah seperti kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLGERI tidak memiliki keyakinan menjelang pertemuan Juventus dengan PSG pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Prinses awal pagi esok. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengejutkan ramai pihak apabila lebih awal menyerah kalah sebelum turun menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam kempen Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Allegri, 55, dikatakan masih lagi kecewa dengan prestasi buruk ditunjukkan anak-anak buahnya dalam Serie A sejak kebelakangan ini yang menyaksikan The Old Lady kini terkeluar daripada kelompok empat teratas.

Ia termasuk kegagalan Juventus untuk mencatat kemenangan ke atas Fiorentina apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan itu dalam aksi Serie A di Stadio Artemio Franchi pada Sabtu lalu.

“PSG? Saya perlu bersikap realistik. Perlawanan sebenar yang kami boleh menang adalah apabila beraksi di laman sendiri menentang Benfica nanti (15 September).

“Kami akan melakukan persediaan yang lebih rapi untuk perlawanan itu kerana ia boleh menentukan kedudukan kami untuk ke pusingan seterusnya. Selepas itu kami akan fokus kepada Maccabi Haifa,” kata Allgeri.

Begitupun, Juventus masih boleh bergantung harap kepada empat pemain mereka yang pernah menyarung jersi PSG iaitu dua pembelian baharu musim ini, Angel Di Maria dan Leandro Paredes selain Adrien Rabiot serta Moise Kean.

Keempat-empat pemain itu mampu menjadi ‘duri dalam ­daging’ buat PSG walaupun Allegri telah menyatakan kemungkinan skuad bimbingannya akan tewas kepada gergasi Perancis tersebut pada aksi di Parc des Princes nanti.

Sebagai rekod, Juventus pernah menewaskan PSG 3-2 menerusi dua jaringan Claudio Marchisio dan satu gol daripada Gonzalo Higuain sewaktu aksi pramusim di Amerika Syarikat pada 2017 yang merupakan satu-satunya pertemuan antara ­kedua-dua pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI