fbpx

Peluang Arsenal tamat penantian 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL perlu melupakan kekecewaan tewas kepada Villa dengan mengalahkan Bayern untuk aksi timbal balik Liga Juara-Juara awal pagi esok. – AFP

MUNICH – Suku akhir ke­dua Liga Juara-Juara menentang Ba­yern Munich di Allianz Arena awal pagi esok menjadi pentas terbaik buat Arsenal untuk memulihkan motivasi selepas dipalit kecewa dalam saingan domestik.

Tonggak tengah, Dec­lan Rice menggesa rakan sepasukannya supaya segera melupakan kekecewaan tewas 0-2 kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu dan kini perlu mengintai peluang untuk mara ke kelompok empat terbaik Eropah.

“Kami kecewa kerana tewas dalam perlawanan penting, namun sekarang masanya untuk kami pamer kebangkitan. Reaksi itu bermula dengan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ba­yern dan kami perlu bersedia untuk menghadapinya.

“Segala kekecewaan harus di­letak tepi kerana ini peluang terbaik mara ke kelompok empat terbaik Liga Juara-Juara. Untuk ke Allianz Arena menjadi detik istimewa dan kami perlu tunjukkan kemampuan sebenar.

“Apa saja boleh berlaku dan kami kini masih kekal positif,” ­katanya.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama minggu lalu dan kejayaan di Eropah bakal menjadi pengubat kecewa buat The Gunners sekiranya sekali lagi terpaksa melepaskan kejuaraan EPL.

Kapten Arsenal, Martin Odegaard menghadirkan keresahan selepas disahkan mengalami kecederaan ketika menentang Villa.

Kali terakhir Arsenal berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara ketika tewas 1-4 secara agregat kepada Manchester United pada 2009.

Bagaimanapun, pengendali pasukan, Mikel Arteta turut se­nada dengan Rice yang mahu anak buahnya segera melupakan isu pa­sukan bagi memastikan kebangkitan mampu dijelmakan pada perlawanan dengan Bayern.

“Apa yang kami boleh kawal adalah apabila kami mempunyai rentak, sudah pasti kami akan memperoleh kemenangan. Buat masa ini kami perlu memberikan reaksi di atas apa yang berlaku.

“Aksi dengan Bayern adalah peluang terbaik kami dan pemain perlu buktikannya. Jika kami mahu menang, kami perlu atasi situasi ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI