fbpx

Najib kekal Ahli Parlimen Pekan sehingga Pengampunan Diraja ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal sehingga permohonan Pengampunan Diraja ditolak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, Jumaat lalu.

Permohonan Pengampunan Diraja telah difailkan oleh Tetuan Shafee pada 2 September 2022.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, kuat kuasa kehilangan kelayakan Najib sebagai ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu selesai.

“Ini bermakna status Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI