fbpx

Sembilan wanita ditahan di bilik karaoke, dadah dan kondom ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah bilik karaoke di Genting Highlands di Bentong kelmarin.

BENTONG – Polis menahan sembilan wanita warga asing dan merampas dadah jenis syabu dan ketamin dalam satu serbuan ke sebuah pusat hiburan di Genting Highlands di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.50 malam itu polis turut menemukan 16 keping kondom dalam satu beg plastik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, serbuan berkenaan dibuat hasil maklumat awam dan risikan pihaknya.

“Dalam serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah bilik karaoke didapati seramai sembilan wanita berusia 25 hingga 36 tahun sedang leka berhibur sambil minum minuman keras.

“Pihak polis menjumpai tiga peket lutsinar berisi ketulan serbuk kristal disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat 2.25 gram dan dua peket plastik berwarna kuning keemasan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 22.75 gram yang kesemuanya bernilai RM750,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 16 September depan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan, Seksyen 39(B) Akta Imigresen, Seksyen 59/63/15(1) (C) Akta Imigresen dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati lapan daripada sembilan suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu Zaiham berkata, polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah dan jenayah di daerah ini dengan terus mengambil tindakan tegas.

“Polis merakamkan ribuan terima kasih kepada orang rami yang telah menyalurkan maklumat dan meminta orang ramai terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI