fbpx

Kau Tahu heret masuk ke dunia khayalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN dua penyanyi muda dengan identiti muzik tersendiri, menjadikan single Ku Tahu menepati cita rasa muzik generasi hari ini.

MENGANGKAT genre R&B dalam sebuah karya muzik moden bukanlah satu elemen asing bagi pengkarya ketika ini.

Terbaharu, penyanyi remaja popular Ismail Izzani tampil dengan genre diminati ramai itu menerusi naskhah terkininya berjudul Kau Tahu.

Tidak keseorangan, lagu tersebut turut mendapat sentuhan suara ‘puteri pop’ baharu negara, Mia Lateefa.

Jika diamati, walaupun baru pertama kali masuk ke halwa telinga, lagu berdurasi empat minit 27 saat itu jelas mengangkat nuansa R&B yang menjadi intipati keseluruhan lagu.

Satu pujian yang agak berani dilakukan Ismail yang turut bertindak selaku komposer Kau Tahu kerana tidak gentar mengetengahkan keseluruhan lagu dengan genre tersebut.

Tidak setakat melodi yang mampu membuatkan ramai turut mahu ikut menari, tarikan paling kuat yang ada pada lagu tersebut adalah di bahagian rangkap rap yang jelas divariasikan Ismail dengan cara tersendiri.

Kau Tahu juga punya kekuatan tersendiri dalam muzik video (MV) yang boleh dikatakan lain daripada lain.

MV Kau Tahu jelas memaparkan visual dan penceritaan mengasyikkan ibarat kita yang sedang menonton dibawa bersama memasuki sebuah dunia khayalan.

Paling membanggakan, idea dan konsep asal MV tersebut tercetus sepenuhnya daripada Mia yang mahu melihat penonton terpesona dan sama-sama menghayati melodi yang dipersembahkan.

Selain muzik, seperkara yang juga perlu dipuji adalah rentak tari Ismail dan Mia mungkin tidak perlu dipertikaikan.

Mereka ibarat sedang berada dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan apa kata orang luar.

Bagi Mia yang pertama kali bekerjasama dengan penyanyi lain, muzik menjadi medium terbaik untuknya meluahkan segala yang terbuku lama dalam hati.

Menariknya, Kau Tahu turut diadaptasi daripada pengalaman Mia sendiri yang diterjemah secara spontan dalam lirik mengisahkan cinta tidak berbalas.

Kau Tahu yang diluncurkan sejak dua minggu lalu boleh didengari menerusi pelantar iTunes, Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

MV Kau Tahu boleh di tonton secara eksklusif menerusi laman YouTube Mia Lateefa Keyte.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI