fbpx

Wabak misteri ragut tiga nyawa di Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan jabatan X-ray melihat hasil imbasan paru-paru. (Gambar hiasan). - PA

BUENOS AIRES – Pakar-pakar kesihatan di Argentina menyuarakan kebimbangan mengenai penularan wabak baharu selepas tiga individu disahkan meninggal dunia akibat pneumonia atau radang paru-paru misteri, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pihak berkuasa kesihatan negara Amerika Selatan itu menyatakan bahawa enam lagi pesakit telah dijangkiti pneumonia tanpa diketahui asal jangkitannya.

Wabak itu menjangkiti lapan pekerja kesihatan dan seorang pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta dalam  wilayah Tucumán sekitar 1,287 kilometer ke barat laut ibu kota Argentina, Buenos Aires.

Pegawai -pegawai kesihatan menyuarakan kebimbangan kerana kesemua pesakit disahkan tidak dijangkiti  Covid-19, Influenza dan hantavirus. Ketiga-tiga virus tersebut adalah punca utama pneumonia.

Penyakit misteri itu  diyakini sangat mudah merebak kerana ia menjangkiti petugas kesihatan yang biasanya sentiasa mengamalkan langkah-langkah perlindungan diri semasa merawat pesakit.

Menteri Kesihatan Tucumán, Luis Medina Ruiz berkata, ujian imbasan X-ray memaparkan keadaan paru-paru pesakit yang hampir serupa dengan pesakit  Covid-19.

“Pesakit telah diuji untuk lebih daripada 30 virus  termasuk Covid-19, selesema, influenza jenis A dan B yang semuanya memberi keputusan negatif.

Sampel telah dihantar ke Pentadbiran Kebangsaan Makmal Kesihatan dan Institut Argentina untuk analisis lanjut.

Hospital tersebut telah diarahkan menjalani perintah berkurung dan kontak rapat pesakit sedang dikesan dan diasingkan.

Pakar-pakar  di Barat berkata, masih terlalu awal untuk mula membunyikan ‘loceng penggera’ walaupun wabak itu mempunyai persamaan dengan bagaimana kemunculan awal Covid-19 pada 2019.

Pasukan elit  Pusat Kawalan Penyakit Eropah telah menjejaki kelompok kes tersebut sejak Selasa lepas dengan saintis di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memantau keadaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI