fbpx
Luahan rindu cucu Najib dimuat naik Nooryana Najwa pada Instagram.

Cucu rindu Najib, tunggu di mahkamah awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali”.

Itu luahan rindu ditulis oleh Adam Razak yang juga cucu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak sulung Nooryana Najwa itu hadir bersama ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini susulan perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Dua gambar anaknya berserta keterangan dimuat naik Nooryana Najwa pada akaun Instagram hari ini.

“Menunggu kedatangan atuk di mahkamah awal pagi tadi.

“Hanya lambaian atau ‘flying kiss’,” katanya yang turut merujuk Adam Razak sebagai ahli sorak Najib. – KOSMO! ONLINE

POPULAR