fbpx

Bayi lelaki bertali pusat ditinggalkan di gerai makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan tanpa pakaian di sebuah gerai menjual makanan di Batu 5, Kampung Jaya Baru, Jalan Tengah Nipah pagi tadi.

LAHAD DATU – Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan tanpa pakaian di sebuah gerai menjual makanan di Batu 5, Kampung Jaya Baru, Jalan Tengah Nipah pagi tadi.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh pemilik gerai terbabit kira-kira pukul 7 pagi sewaktu hendak membuka gerainya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disedari oleh seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemilik gerai makanan ketika hendak memulakan perniagaan.

“Berikutan penemuan itu, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan ditemui di atas gerai makanan tanpa sebarang pakaian.

“Bayi terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Lahad Datu oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI