fbpx

Mahkamah: Rosmah sebak, menangis merayu belas ihsan sebelum hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada perbicaraan keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan sebak dan menitiskan air mata memohon Mahkamah Tinggi di sini bersikap belas ihsan dan lebih berperikemanusian dalam menentukan hukuman terhadapnya.

Ketika diberikan peluang untuk bercakap dan merayu beliau mengatakan tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang dari mana-mana pihak.

“Tolong belas ihsan, ini boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan. Mereka telah lakukannya (hukum) kepada suami saya agar kami menanggung sengsara.

“Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita kini yang terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong jadi lebih berperikemanusiaan,” ujarnya dalam nada sebak selain turut mengatakan mahu meninggalkan mahkamah dengan memori baik terhadap sistem keadilan.

Katanya, dia juga menyerahkan segalanya kepada Allah yang bagi menentukan yang mana betul dan yang mana salah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah, 71, bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI