fbpx

Banjir Baling: Kerajaan peruntuk RM17.8 juta bina kemudahan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

BALING – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap kewujudan tiga kolam besar di puncak Gunung Inas yang dipercayai untuk kegunaan ladang musang king sebelum ini.

Katanya, beliau faham akan kebimbangan dihadapi penduduk kampung mengenai bencana yang lebih besar sekiranya kolam tersebut pecah.

Menurutnya, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dengan beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung perkara tersebut.

“Dalam kejadian sebelum ini, yang pecah cuma tandak dan bukannya kolam. Jadi saya akan minta kerajan negeri untuk ambil tindakan sewajarnya.

“Tetapi isu kolam ini perlu diselesaikan kerana kalau kolam itu pecah nanti, banjir lebih teruk mungkin akan dihadapi pendudukan dan demi keselamatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Doa Selamat Sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan dan Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian dekat sini, hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri memaklumkan, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kini masih mengkaji keperluan membina empangan sabo di Gunung Inas.

Menurutnya, beliau dimaklumkan sebelum ini keutamaan bagi membina empangan tersebut bergantung kepada kelaziman berlaku banjir di sesebuah kawasan.

“Memang ada dalam perancangan awal untuk bina empangan sabo di Gunung Inas. Tetapi saya difahamkan kementerian hendak utamakan pembinaan empangan tersebut di kawasan yang sering berlaku banjir dan nanti saya akan periksa semula perkara itu.

“Begitu pun sebelum ini kerajaan Persekutuan telah meluluskan tebatan banjir di seluruh Baling dan itu dijangka memapu menyelesaikan masalah banjir di seluruh daerah ini. Saya tak pasti sama ada tebatan itu nanti akan menyebabkan empangan tersebut tidak lagi perlu dibina dan sebab itu, saya akan semak semula nanti,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM17.8 juta bagi membina kemudahan baharu di kawasan terjejas selain manfaat penduduk berhampiran.

Katanya, sebanyak RM10 juta akan digunakan untuk membina jambatan konkrit baharu di Kampung Iboi yang kini hanya menggunakan jambatan bailey sebagai laluan sementara.

“Sebanyak RM3 juta pula akan digunakan untuk membina rumah baharu bagi menempatkan 17 keluarga yang kini kediaman mereka berada di kawasan berisiko.

“Sejumlah RM4.8 juta pula akan diperuntukan untuk menggantikan 17 yang terjejas dalam kejadian aliran puing serta banjir lumpur lalu di daerah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI