fbpx

Angguk kepala, hmmm tanda Rosmah setuju terima wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah

KUALA LUMPUR – Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengangguk dan menyatakan `Hmmm’, jelas membuktikan penerimaan wang RM1.5 juta di kediamannya di Langgak Duta, lima tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berpuas hati, gambar dan rakaman video yang diambil oleh Rayyan Radzwill Abdullah membuktikan dua beg sandang berisi wang diletakkan di ruang tamu kediaman tersebut.

Sehubungan itu, mahkamah tidak yakin dengan pembelaan Rosmah bahawa kedua-dua beg sandang tersebut tidak diserahkan kepadanya.

“Selain itu, mahkamah berpuas hati bahawa bekas pembantu khasnya, Datuk Rizal Mansor sendiri melihat dan mendengar Rosmah mengarahkan `butler’ membawa masuk kedua-dua beg tersebut ke biliknya.

“Rantaian pergerakan wang RM1.5 juta itu berjaya dibuktikan dan saya menyimpulkan bahawa kedua-dua beg itu mengandungi wang tersebut. Rosmah mengangguk kepala dan berkata `Hmmm’ yang menandakan beliau mengetahui dan menerima wang itu,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian dalam penghakiman bertulisnya setebal 116 muka surat.

Terdahulu penghakiman juga turut menyatakan sekiranya Rosmah tidak berniat menerima wang tersebut, beliau sepatutnya meminta Saidi Abang Samsuddin dan Rayyan meninggalkan kediamannya atau membuat laporan polis atau memulangkannya kepada Saidi.

Mahkamah turut berpuas hati Saidi, Rizal dan Rayyan meninggalkan kediaman Rosmah tanpa membawa keluar kedua-dua beg berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI