fbpx
Anak penyu hijau berkepala dua ditemui di Terengganu.

Anak penyu berkepala dua ditemui di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Anak penyu hijau berkepala dua ditemui sewaktu pemeriksaan di Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Terengganu.

Menerusi Instagram Lang Tengah Turtle Watch memaklumkan, kejadian tersebut yang dipanggil sebagai dicephalism adalah jarang berlaku kepada penyu dan salah satu kemungkinan adalah faktor genetik.

“Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua kepala penyu ini berkongsi morfologi yang sama dan ia bertindak balas secara berbeza kepada rangsangan luar.

“Walaupun pergerakan anak penyu tersebut terganggu, kepala di bahagian sebelah kanan adalah dominan,” katanya pada hantaran tersebut.

Selain itu, berat bagi setiap kepala penyu itu juga berbeza sekali gus boleh dikenal pasti perbandingannya.

Dalam pada itu, penemuan yang jarang berlaku itu kebanyakannya tidak bertahan lama, bahkan hampir semua haiwan berkepala dua direkodkan mempunyai jangka hayat pendek berbanding normal.

“Anak penyu hijau itu kini di bawah jagaan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Jabatan Perikanan di Rantau Abang dan pihak tersebut menjalankan pemantauan serta pemulihan penyu berkeperluan khas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR