fbpx

Lelaki tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis di hadapan sebuah pusat beli belah, Bukit Bintang pada tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang sedang bertugas mengundang padah apabila dicekup dalam kejadian di Lot 10, Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli belah kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

“Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dellhan, polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI