fbpx

Kaji semula pemakaian pelitup muka di tempat tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka termasuk di tempat terbuka.

PETALING JAYA – Kajian semula perlu dilakukan berhubung pemakaian pelitup muka yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Koh Kar Chai berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan semula secara serius oleh pihak berkaitan bagi menghapuskan pemakaian pelitup muka di ruang tertutup.

Katanya, meskipun terdapat kemasukan ke hospital akibat Covid-19, namun jumlahnya tidak begitu tinggi.

“Orang ramai yang telah hidup dengan Covid-19 selama ini secara keseluruhannya agak berpengalaman dengan penyakit tersebut.

“Secara keseluruhannya, situasi semasa Covid-19 di negara ini masih boleh dikawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Kar Chai berkata, satu-satunya ‘kaveat’ (bahaya) ialah pengangkutan awam tertentu yang melibatkan kesesakan orang ramai, rumah penjagaan warga emas dan kemudahan kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI