fbpx

455 Jalur Gemilang hiasi jajaran lebuh raya di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Bantuan PROLINTAS memasang Jalur Gemilang di Plaza Tol Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)./ IHSAN PROLINTAS

PETALING JAYA – Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini disemarakkan lagi dengan hiasan sebanyak 455 Jalur Gemilang di empat lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) di sekitar Lembah Klang sehingga 16 September ini.

Pengurus Besar (Operasi Lebuhraya) Prolintas Azmee Nin berkata, pemasangan bendera- bendera itu adalah bertujuan bagi merayakan semangat kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pengguna lebuh raya.

Menurutnya, kesemua bendera kebangsaan itu dipasang pada setiap tiang lampu, plaza tol serta Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang jajaran empat lebuh raya Prolintas.

“Antaranya Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning Shah-Alam (LKSA) dan Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (Kajang SILK).

“Lima Jalur Gemilang bersaiz gergasi turut dipasang di lima lokasi iaitu Plaza Tol Dato Keramat, Plaza Tol Elmina, Plaza Tol Alam Impian serta Plaza Tol Sungai Balak dan Plaza Tol Sungai Ramal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmee berkata, sebagai syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Lembah Klang, ia merupakan tanggungjawab pihaknya untuk menghidupkan perayaan bulan kebangsaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI