fbpx

Modul anti rasuah di sekolah perlu ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazlan (tengah duduk) bersama guru dan pelajar sekolah pada program WAR di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena, Sungai Besar hari ini.

SABAK BERNAM – Modul pendidikan anti rasuah di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara perlu ditambah baik dan diperkasakan secara lebih menyeluruh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali berkata, modul sedia ada ketika ini hanya memfokuskan faktor anti rasuah semata-mata.

Kata beliau, silibus buku teks sememangnya mencukupi namun perlu ditambah dengan elemen peningkatan integriti lain termasuk kesedaran perlakuan jenayah lain seperti komersial dan siber.

“Pelajar sekolah turut perlu didedahkan dalam semua aspek lain bagi meningkatkan integriti dan menjadi insan berguna pada masa depan.

“Kita mengharapkan mereka yang menamatkan alam persekolahan tidak terlibat dalam rasuah dan pelbagai jenayah lain,” katanya ketika ditemui pada program Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena, Sungai Besar di sini, hari ini.

Justeru, Norazlan berkata, SPRM berharap agensi dan jabatan lain turut bekerjasama membantu memperkasakan modul pendidikan itu.

“Kita tidak mempunyai apa-apa halangan malah bersetuju jika silibus itu dikembangkan meliputi kesalahan lain,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, program WAR berkenaan sudah dijalankan secara bersemuka di lebih 155 sekolah setakat ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI