fbpx

Libya kembali bergolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEJUANG setia kepada GNU berada di sebatang jalan di ibu kota Libya, Tripoli pada 27 Ogos lalu. - AFP

TRIPOLI – Pertempuran antara penyokong dua kerajaan yang berseteru di Libya membunuh sekurang-kurangnya 23 orang dan merosakkan enam buah hospital di Tripoli, Sabtu lepas sekali gus mencetuskan kebimbangan krisis politik dalaman akan menjadi semakin buruk sekali lagi mencetuskan konflik bersenjata besar-besaran.

Bunyi tembakan senjata ringan dan letupan menggegarkan beberapa daerah di Libya selama semalaman dan berterusan hingga Sabtu lalu, manakala asap tebal naik ke udara dari bangunan-bangunan  yang rosak.

Namun, keamanan rapuh kembali di Tripoli malam Sabtu lalu, kata seorang wartawan agensi berita AFP. Ketua kerajaan Tripoli, Abdulhamid Dbeibah menyiarkan klip video beliau dikelilingi oleh pasukan pengawal peribadi dan menyapa pejuang-pejuang yang menyokongnya.

Dalam angka yang dikemas kini, kementerian kesihatan di Tripoli berkata, seramai 23 orang terbunuh dan 140 cedera dalam pertempuran itu.

Enam hospital terjejas dengan ambulans-ambulans tidak dapat sampai ke kawasan yang terjejas akibat pertempuran, kata kementerian itu.

Dua kerajaan yang bersaing untuk menguasai Libya dan sumber minyaknya itu saling menyalahkan antara satu sama lain berhubung keganasan terbaharu itu.

Sebuah kerajaan itu berpangkalan di Tripoli, manakala kerajaan kedua yang disokong Parlimen berkuasa di timur Libya.

Dalam perkembangan berkaitan, misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya menyeru supaya pertempuran dan permusuhan itu dihentikan serta-merta terutamanya tembakan sederhana serta berat di kawasan penduduk awam.

Duta Amerika Syarikat ke Libya, Richard Norland berkata dalam satu kenyataan bahawa Washington mengecam peningkatan keganasan di Tripoli dan menggesa gencatan senjata dan rundingan damai tajaan PBB diadakan segera.

Menurut Kerajaan Perpaduan Nasional Tripoli yang diketuai oleh Dbeibah, pertempuran tercetus selepas rundingan untuk mengelakkan pertumpahan darah di Tripoli menemui jalan buntu.

Kerajaan pimpinan Dbeibah yang tubuhkan hasil proses damai diketuai PBB susulan keganasan di Libya selepas kematian diktator Muammar Gaddafi telah dicabar oleh pentadbiran yang diketuai bekas menteri dalam negeri, Fathi Bashagha.

Bashagha disokong oleh Parlimen Libya dan panglima perang berpangkalan di timur Libya, Khalifa Haftar. Mereka mendakwa bahawa mandat Kerajaan Penyatuan Nasional (GNU) pimpinan Dbeibah dan ditaja PBB sudah tamat.

Bagaimanapun, hasrat Bashagha untuk memimpin Libya tidak kesampaian kerana Dbeibah bertegas hanya akan menyerahkan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat melalui proses pilihan raya. Malah, Dbeibah menuduh Bashagha cuba untuk merampas Tripoli secara paksaan dan mencetuskan perang saudara. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI