fbpx

Beli barang RM500 boleh dapat minyak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Segelintir peniaga makanan tepi jalan seperti nasi kukus dan pisang goreng di ne­geri ini didakwa membuat ‘pakatan’ dengan pekedai dan pemborong bagi membolehkan mereka membeli minyak peket 1 kilogram (kg) melebihi had ditetapkan kerajaan.

Pakatan itu terpaksa dilakukan kerana mereka sangat bergantung kepada minyak peket bagi menjalankan perniagaan masing-masing.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini menetapkan peniaga kecil-kecilan boleh membeli minyak peket bersubsidi hanya 3 peket seorang.

Menurut seorang peniaga nasi kukus dikenali sebagai Isa, 34, berkata, dia membuat kerjasama dengan beberapa buah kedai runcit dan pemborong di sekitar bandar raya ini bagi tujuan itu.

Jelasnya, dia perlu membeli barangan basah atau pun ke­ring di kedai-kedai runcit terlibat dalam jumlah tertentu, seperti RM500 bagi setiap pembelian dan pekedai akan membenarkannya mendapatkan minyak peket melebihi amaun dibenarkan.

“Jika saya beli barang basah dengan nilai RM500, pekedai beri peluang kepada saya untuk membeli tambahan hingga dua, tiga atau empat minyak peket daripada jumlah dibenarkan iaitu tiga sahaja bagi setiap individu.

Minyak peket sentiasa habis stok di kedai runcit disebabkan permintaan yang tinggi. – Gambar hiasan

“Ada juga dalam kalangan peniaga yang beli barang basah sehingga RM1,000, dan pekedai akan membenarkan mereka membeli sekotak minyak masak peket,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Seorang lagi peniaga nasi kukus dikenali sebagagi Izyan Hanafi, 43, dia memerlukan sekurang-kurang tujuh peket minyak masak sehari bagi menjalankan perniagaannya.

Ini kerana, jelasnya, minyak masak yang digunakan bagi perniagaan nasi kukus cepat terjejas kualitinya ekoran proses menggoreng ayam dan ia dapat dilihat sendiri oleh pengguna.

“Bagi memastikan kualiti ayam goreng kekal terjamin, saya perlu kerap tukar minyak yang digunakan. Sebab itulah saya tiada pilihan lain selain beli minyak peket dalam kuantiti besar de­ngan kedai-kedai runcit di sekitar Ipoh.

“Kita tak bergantung kepada satu kedai atau pemborong semata-mata kerana bukan semua boleh beri banyak. Ada masanya mereka boleh beri tambahan satu minyak peket sahaja.

“Bagi memastikan saya mendapat bekalan minyak masak peket cukup, beberapa kedai atau pemborong perlu dikunjungi dalam sehari,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI