fbpx
Bekalan minyak masak peket yang sukar diperolehi di kawasan Orang Asli di Kluang semalam.

Tiada stok, setahun tidak guna minyak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Penduduk di kawasan pendalaman termasuk di perkampungan Orang Asli melahirkan rasa terkilan kerana pihaknya sukar untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket dan terpaksa menggunakan minyak masak botol untuk kegunaan memasak.

Malah ada di antara mereka sudah hampir setahun tidak menemui sepeket minyak masak kerana jualannya amat terhad dan hanya diperolehi mereka yang tinggal berhampiran pekan sahaja.

Penduduk Kampung Orang Asli Berasau, Ran Kakau,39, berkata, mereka hanya keluar antara tiga hingga empat hari sekali untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan keadaan ini menyebabkannya sukar untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket dari kedai-kedai runcit di Pekan Kahang.

Katanya, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa membeli apa yang ada sahaja walaupun harganya jauh lebih mahal daripada minyak masak peket bersubsidi (1 kilogram) itu.

“Difahamkan minyak masak peket ini sudah ada di pasaran, namun hanya ada di pasar raya-pasar raya dan ia terlalu jauh untuk kami yang tinggal di kampung seperti di Kahang ini.

“Ada kredit Sumbangan Asas Rahmah (Sara) pun tidak bererti apabila tidak boleh beli minyak peket,” jelasnya.

Dia berharap, bekalan minyak masak peket ini perlu juga diberikan tumpuan lebih bekalannya ke kawasan perkampungan dan tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja.

Seorang lagi penduduk kampung, Nazirah Ahmad, 45, berkata, secara hakikatnya kedai-kedai runcit di kawasan perkampungan sudah lama terputus bekalan bahan masakan ini dan mereka hanya menjual minyak masak botol sahaja.

Ujarnya, jika ada bekalan pun hanya dijual dalam program jualan Rahmah, namun ia jarang dilakukan dan tidak cukup untuk menampung keperluan ribuan penduduk daripada puluhan kampung Orang Asli dan penduduk setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN