fbpx

Zara Zya tenang ‘dijodohkan’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA dan Shuib hanyalah rakan perniagaan.

PETALING JAYA – Pelakon popular, Zara Zya berasakan faktor usia mungkin menjadi penyebab peminat cepat mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.
Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, keinginan peminat menantikan khabar bahagia daripadanya menyebabkan mudah timbul khabar hubungan istimewanya dengan mana-mana lelaki termasuk Shuib.

“Kami sebenarnya adalah rakan bisnes dan tak lebih dari itu. Namun apa yang dibuat (bergambar bersama) bukanlah satu gimik murahan semata-mata untuk promosi perniagaan.

“Bagi saya, Shuib seorang lelaki yang baik dan sering memberi sokongan kepada artis lain.

“Dia baik dan kami juga pernah sekali bekerjasama sebelum ini tetapi itu dulu dan sudah lama perkara itu berlaku,” katanya yang ditemui pada pelancaran Bubble Bee by Zara Zya, kelmarin.

Pemilik nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, sebarang perkongsian, terutama gambar-gambar mesra bersama Shuib sebelum ini sebenarnya dibuat bagi memenuhi keinginan peminat.

“Saya muat naik gambar bersiap cantik-cantik tapi hanya mendapat beberapa sahaja tanda suka sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.

“Reaksi bagaimanapun berbeza jika kita memuat naik gambar atau video yang mempunyai cerita. Mereka akan tonton dan memberi komen kerana kalau tidak mereka tak akan tengok,” katanya.

Selepas ‘dijodohkan’ netizen dengan beberapa orang lelaki sebelum ini, Zara berkata dia tidak kisah atau ambil pusing dengan perangai peminatnya yang ingin tahu tentang identity lelaki yang bakal menjadi pasangan hidupnya (suami).

“Saya tidak kisah pun kerana mereka (netizen) ini mengikut musim (menjodoh-jodohkan). Dengan sesiapa sahaja saya rapat (kenalan lelaki), mereka (netizen) akan kata saya ada hubungan istimewa dengannya.

“Mungkin sebab faktor usia saya yang masih belum berkahwin. Rakan-rakan artis seusia saya juga ramai yang sudah berkahwin.

“Bahkan ada peminat saling berlawanan antara satu sama lain untuk menentukan siapa pasangan terbaik saya,” kata Zara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI